Sunday, 13 May 2012

Produk Herba Teh Misai Kucing

HERBA TUMBUHAN MISAI KUCING

Nama Saintifik
Orthosiphon stamineus

Keluarga
Acanthancaeae

Nama Inggeris
Java Tea

Gambaran secara ringkas

Sejenis herba yang mempunyai daun berbentuk ovate tumbuh bertentangan di kedua-dua belah batangnya yang bersegi-segi. Bunganya berkelopak dua, berbintik, berbentuk tiub, berwarna putih, seakan ungu muda. Buahnya merekah menjadi empat pecahan.

Kegunaan
Seluruh pokoknya direbus dan air rebusannya diminum untuk mengurangkan gula dalam darah bagi pesakit diabetes. ianya juga boleh digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi.

Taburan Ekologi
Besar kemungkinan ianya berasal dari Asia Tenggara dan sekarang di Malaysia. Selain ditanam secara meluas untuk kegunaan perubatan, ianya juga ditanam sebagai pokok hiasan.

Pengenalan
Herba perubatan ini telah digunakan di negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia dan Malaysia. Ianya terkenal sebagai penyembuh penyakit berkaitan buah pinggang dan pundi kencing. Misai Kucing menarik minat penyelidik dari awal kurun ke 20 dimana tumbuhan ini diperkenalkan di Eropah sebagai teh herba.

Kegunaan Dalam Perubatan Tradisional
Tumbuhan ini Dipercayai mempunyai antialahan, antitekanan dan antiradang. Air rebusan herba ini digunakan untuk menghilangkan karang batu dalam pundi kencing.

Farmakologi
Orthosiphon stamineus telah dilaporkan mempunyai keupayaan anti  fungus dan antiradang. Ianya juga menunjukkan aktiviti bakteria 
(kepekatan minima untuk ketahanan = 7.8-23,4mg/ml)


Khasiat Pokok Misai Kucing
Daun misai kucing adalah herba yang popular bagi masyarakat kampung terutamanya golongan warga emas yang masih mengamalkan pemakanan herba seperti ini.Ada yang lucu bila mendengarnya namanya. Daun misai kucing ini mugkin di gelar dengan nama ini kerana rupa bunganya mirip misai kucing jika diamati. Jadi tidak hairanlah jika ia di gelar pokok misai kucing. Walaubagaimanapun pokok ini mempunyai penawar untuk beberapa penyakit antaranya ialah: 
  1. Kencing manis
  2. Batu karang
  3. Darah tinggi
Oleh sebab itu, pihak kami mengeluarkan produk berasaskan daun teh misai kucing untuk penjagaan kesihatan.


Minuman Herba Teh Misai Kucing









Minuman ini berharga RM 2.00 sebotol  (500ml) dan boleh juga dibeli secara carton iaitu satu carton terdapat 24 botol.
terdapat perisa asli dan perisa lemon. Sangat menyegarkan dan dan lebih sedap dihidangkan dalam keadaan sejuk. * perisa lemon rasa mcm lemon ice tea ok! =)

KORDIAL MISAI KUCING



Kordial teh misai kucing ini berharga RM6.50 sahaja( harga dari kilang).
Hanya perlu tambah air dalam sukatan kordial : air ( 1: 6)
sangat menyegarkan dan meningkatkan tahap kesihatan.


UNCANG HERBA MISAI KUCING




Teh uncang ini berharga RM10.00 sekotak (harga kilang)
 100% daun misai kucing yang segar dan telah dikeringkan melalui kaedah oven.

semua produk ini diproses dan dikeluarkan di Jejawi, Perlis iaitu oleh syarikat FRUTANIA INDUSTRY SDN BHD.

untuk tempahan boleh hubungi  saya

017-5018110 (tiqa)